Review rantai motor Oring jenama Protaper bagus atau tidak?

Rantai motor O-Ring jenama Protaper

Sekarang ni, dah bermacam-macam jenama produk rantai motosikal jenis o ring telah dijual dipasaran.

Kalau di platform atas talian seperti Shopee, Lazada pasti akan jumpa jenama rantai oring yang boleh buat kita pening kepala nak beli.

Manakan tidak.

Ketahanan rantai motosikal o-ring ini mampu mengekalkan prestasi motosikal agar dapat bergerak lebih sempurna berbanding rantai motor biasa.

Kali ini saya kongsikan sedikit pengalaman saya menggunakan rantai motosikal o-ring ni untuk penggunaan harian ke tempat kerja.

Moga korang dapat sedikit info dari perkongsian saya ini ya.

{getToc} $title={Table of Contents}

Apa itu O-Ring?

O-ring adalah merujuk kepada cincin getah berbentuk O yang digunakan sebagai pengedap kepada pergerakan yang melibatkan mekanikal.

Dari segi bentuk, oring adalah cincin bulat yang mana keratan rentasnya berbentuk bulat serta menyerupai huruf 'O'. Ini memberikan nama 'O-ring' kepada kepada cincin tersebut.

Dalam konteks mekanikal rantai motor, O-ring membantu mengekalkan pelincir di dalam sambungan rantai serta menghalang kemasukan kotoran dan kelembapan dari masuk ke dalam sambungan rantai.

Rantai Motor O-Ring

Kelebihan rantai motosikal o-ring

Penggunaan rantai motosikal O-ring memberikan banyak kelebihan seperti peningkatan ketahanan kepada rantai motor.

Selain itu, ia mampu mengurangkan geseran antara sambungan rantai sekali gus mengurangkan kehilangan kuasa rantai tersebut.

Disebabkan o-ring ini diperbuat daripada getah jenis tahan lasak, o-ring ini mampu mengekalkan ketegangan rantai dalam tempoh lama berbanding rantai biasa.

Namun, anda perlu ingat. Ketahanan dan jangka hayat rantai motor o-ring ini adalah bergantung kepada cara tunggangan dan penjagaan dari pemilik motosikal juga.


Jangkahayat rantai motosikal o-ring

Jangkahayat penggunaan rantai motor oring biasanya lebih panjang berbanding rantai motosikal biasa.

Secara umum, rantai motor o-ring boleh bertahan antara 20,000km hingga 30,000km sebelum perlu ditukar. Kebiasaan, tempoh perbatuan 30,000km adalah tempoh maksimum.

Ketahanan rantai motor o-ring adalah bergantung kepada beberapa faktor berikut untuk bertahan hinga tempoh perbatuan 30,000km:

  1. Penyelenggaraan: Rantai yang diselenggara dengan baik, termasuk pembersihan dan pelinciran yang berkala, akan mempunyai jangkahayat yang lebih lama.
  2. Kualiti Rantai: Kualiti bahan dan pembuatan rantai juga memainkan peranan penting dalam ketahanan dan prestasi rantai tersebut.
  3. Gaya tunggangan: Cara tunggangan motosikal, termasuk kekerapan memecut dan membrek secara tiba-tiba, juga boleh mempengaruhi jangkahayat rantai motor.
  4. Kondisi Jalan: Keadaan jalan yang sering dilalui, seperti jalan berdebu, berlumpur, atau berair, boleh mempercepatkan rantai menjadi haus jika tidak diselenggara dengan betul.
  5. Kondisi Cuaca: Cuaca yang ekstrem, seperti hujan lebat atau panas terik juga mempengaruhi jangkahayat rantai.

Menjadi kebiasaan kepada para pemilik motosikal. Apabila rantai motosikal o-ring ini sudah mengeluarkan bunyi yang agar bising, ia menandakan rantai motor o-ring ini perlu ditukar baharu.


Rantai motosikal o-ring jenama Protaper

Seperti yang korang tahu.

Di pasaran online terutamanya di platform Shopee atau Lazada, terlalu banyak jenama rantai motor o-ring dijual.

Kondisi rantai motor ini tidak pasti samada ianya original ataupun tiruan.

Namun, rantai motor o-ring jenama Protaper ini adalah rantai motosikal yang saya kategorikan sebagai rantai motor paling tahan lasak.

Seperti yang korang tonton di video yang saya kongsikan dibawah, proses untuk memotong rantai o-ring Protaper ini terpaksa menggunakan alat pemotong besi.

Tak boleh gunakan alat pemotong rantai khas yang biasa digunakan di bengkel motor.

Ini menunjukkan kualiti barang yang digunakan pada rantai motor o-ring Protaper ini adalah yang terbaik.

Pengalaman saya dengan rantai motor o-ring dari mula saya gunakan motosikal SYM VF3i 185 ini, rantai o-ring jenama RK adalah yang paling lama jangkahayatnya iaitu hampir kepada 23,000km.

Namun kali ini, saya cuba bertukar menggunakan rantai motor o-ring jenama Protaper untuk lihat ketahanan dan jangkahayat menggunakannya.

Jika rantai o-ring jenama Protaper ini lebih tahan dari rantai o-ring jenama RK, saya akan terus gunakan jenama ini setelah kondisi rantai yang saya gunakan sekarang telah rosak.

Harga di Shopee pun tidaklah mahal sangat.

Kira mampulah untuk beli. Lagipun beli guna As Pay Later. 3 kali bayar. Zero persen interest.

Bijakkan?

Kalau korang nak bertukar dari menggunakan rantai motosikal biasa kepada rantai motosikal o-ring, boleh gunakan jenama Protaper ni. 

Ini link pembelian rantai motosikal o-ring Protaper.


Catat Ulasan

Terima kasih di atas komen anda. Mohon komen secara berhemah yer.

Terbaru Lebih lama

REAL Me

realme [CPS] IN

Bisnes Fotografi

Borang Maklumat Hubungan