WhatsApp Kena Hack? Ini info penting yang anda wajib tahu

Whatsapp kena hack

Whatsapp kena hack!

Perkara ini baru sahaja terjadi kepada salah seorang parent dalam group Whatsapp PIBG sekolah anak saya.

Seperti gambar di atas. Beliau telah menghantar “Direct Message” jemputan hadir ke majlis. Tidak pasti majlis apa. 

Namun di dalam mesej itu disertakan bersama kad digital jemputan undangan dalam format apk.

Sudah pasti jika orang yang tidak biasa dengan modus operandi hackers dalam memancing mangsa akan memuat turun apk tersebut dan terus install ke dalam smartphone.

Saya cuba pm isteri mangsa bertanya samada benar atau tidak buat undangan majlis. Respon isterinya adalah seperti yang kalian tengok di dalam gambar dibawah.



Ini sekadar berkongsi kronologi kejadian yang mana saya cuba ambil tindakan lebih awal agar tidak mejadi mangsa kepada hackers yang cuba untuk godam aplikasi Whatsapp di smartphone saya.

{getToc} $title={Table of Contents}

Taktik Hackers untuk hack Whatsapp?

Ada 2 cara yang paling biasa dari kalangan hackers gunakan untuk cuba menggodam smartphone samada melalui aplikasi Whatsapp ataupun aplikasi Telegram.

  1. Phishing (memancing)
  2. Malware (menghantar pepijat)

Namun, cara pertama iaitu phishing sering digunakan kerana cara ini sangat mudah dan paling cepat merebak.

Mereka akan mencipta satu skrip dalam bentuk aplikasi (apk) dengan tujuan agar mangsa memuat turun aplikasi tersebut seterusnya memasang ke dalam smartphone.

Ianya secara tidak langsung memberi kesan kepada mangsa khususnya aplikasi Whatsapp mangsa yang mana hackers akan mengambil alih (take over) sepenuhnya aplikasi Whatsapp tersebut.

Apabila hackers telah berada dalam aplikasi Whatsapp mangsa, kerja menjadi lagi mudah. Mereka akan hantar skrip berupa apk ke senarai rakan yang ada dalam senarai ‘Contact number’ mangsa.

Dan perkara ini akan berulang kali terjadi setiap kali mereka menekan, memuat turun serta memasang aplikasi hacking tersebut ke dalam smartphone.


Tanda-tanda akaun Whatsapp telah dihack?

Mesti korang tertanya-tanya.

Macam mana nak tahu Whatsapp kena hack? Adakah cara nak tahu Whatsapp kena hack?

Ok.

Dibawah ini dikongsikan 8 tanda-tanda akaun Whatsapp anda telah dihack. Baca dan fahamkan untuk mengetahui punca keadaan ini.

  • Aktiviti perbualan ‘Conversation’ yang anda sendiri tak kenal. Contohnya, anda melihat mesej perbualan yang tidak dihantar oleh anda sendiri samada mesej secara personal atau mesej dalam group. Selain itu, ada mesej yang diterima atau dibaca tanpa pengetahuan anda.
  • Aktiviti Log Masuk (login) dari Peranti (device) yang tidak dikenali. Contoh, Anda menerima notifikasi tentang aktiviti log masuk dari peranti atau lokasi yang tidak dikenali.
  • Aplikasi seakan-akan rosak / tergantung (hang): WhatsApp secara tiba-tiba log keluar (logout) dan meminta untuk log masuk (login) semula. Adakala aplikasi WhatsApp low respon, terhenti, atau berlaku crash.
  • Mesej dari WhatsApp: Anda menerima mesej dari WhatsApp yang meminta kod verifikasi atau maklumat peribadi. Ini berlaku kerana Aplikasi Whatsapp mengesan bahawa nombor telefon bimbit anda telah didaftarkan pada peranti lain.
  • Penggunaan Data Meningkat: Penggunaan data pada telefon anda meningkat secara mendadak.
  • Perubahan Tetapan (setting) pada aplikasi: Tetapan (setting) WhatsApp berubah tanpa pengetahuan atau kebenaran anda, seperti status, gambar profil, atau mesej status.
  • Pemberitahuan dari Kenalan: Kenalan anda memberitahu bahawa mereka menerima mesej aneh atau mencurigakan dari akaun Whatsapp anda.
  • WhatsApp Web: Anda melihat sesi WhatsApp Web yang tidak dikenali atau mencurigakan aktif dalam tetapan WhatsApp.


Langkah-langkah penting agar akaun Whatsapp tidak dihack?

Ini adalah 4 langkah penting agar akaun Whatsapp anda tidak dihack. Moga-moga korang boleh lakukan perkara ini.

  • Log Keluar dari Semua Peranti: Buka aplikasi WhatsApp, pergi ke "Tetapan" > "WhatsApp Web/Desktop", dan log keluar (log out) dari semua peranti yang sedang aktif.
  • Aktifkan fungsi 2 step verification: Pergi ke "Tetapan" > "Akaun" > "2 step verification" dan aktifkan ciri ini untuk tingkatkan ciri-ciri keselamatan pada akaun Whatsapp anda.
  • Tukar Kata Laluan Email: Jika akaun WhatsApp anda dihubungkan dengan akaun email, tukar kata laluan email anda untuk memastikan hackers tidak boleh mengakses email anda.
  • Beritahu Kenalan Anda: Beritahu kenalan anda bahawa akaun anda mungkin telah digodam dan minta mereka berhati-hati dengan mesej mencurigakan dari akaun anda.

Zaman sekarang ini, semakin tinggi teknologi yang sering digunakan didalam kehidupan seharian, semakin tinggi risiko penggunaan. Oleh yang demikian, ianya berbalik kepada diri kita sendiri agar lebih cakna dengan teknologi sedia ada.

Jadilah pengguna bijak dan bertanggung jawab yang sentiasa ambil tahu akan kelebihan serta kekurangan sesuatu produk dan perkhidmatan yang kita gunakan.

Semoga perkongsian pada entri ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Catat Ulasan

Terima kasih di atas komen anda. Mohon komen secara berhemah yer.

Terbaru Lebih lama

REAL Me

realme [CPS] IN

Bisnes Fotografi

Borang Maklumat Hubungan